Assalammualaikum..
Petang-petang ni... Dah takda kerja.. Terbaca
satu artikel dari Ustaz Dr Musthafa Umar..Tentang stresss.. puncaa dan kesan
diaa.
Ce masing-masing cek ada tak tanda-tanda tu? kalau rasa nak marah
je kee... Berdebar je kee... hihii
( padahal sendiri pun dah nampak tanda-tanda
ni..) hihii
Sekadar perkongsian semoga bermanfaat..
Artikel ini ditulis sebagai bacaan rekreasi sahaja dan bukan sebagai satu panduan kedoktoran. Jikalau anda mempunyai masalah yang tertulis di bawah ini, harap rujuk kepada seorang doktor.
Sering kita dengar manusia-manusia di
sekeliling kita berkata yang dia tengah 'stress'. Baik yang tua atau yang muda.
Pelajar-pelajar dan ibu bapa mereka bila musim perperiksaan semakin hampir,
rasa 'stress'. Bila time kena bayar cukai pendapatan, yang dicukai, rasa
'stress'. Bila nampak 'steady' jalan dengan orang lain, si pemuda atau pemudi,
rasa 'stress'. Dan seterusnya.. Jadi, apakah dia sebenarnya makhluk yang
bergelar 'stress' ini?Apa sebenarnya
'stress'?
'Stress' kalau mengikut Kamus Progresif Inggeris-Melayu,
adalah 'tekanan' atau 'titik berat'. Jadi bila seseorang itu berkata dengan
kita bahawa dia sedang 'stress', ini bererti bahawa besar kemungkinan, dia
tengah merasa tekanan hidup. Atau mungkin juga dia sedang mengalami satu 'titik
berat' dalam kehidupannya. Atau mungkin juga dia hanya tengah sakit
perut.
Tekanan hidup adalah satu perkara yang mesti ada di dalam kehidupan. Tiap
yang hidup, selalunya mesti ada merasai tekanan hidup dalam usahanya untuk meneruskan
kehidupan. Boleh dikatakan, setiap perasaan yang kita rasakan dan setiap
pekerjaan yang kita lakukan, boleh mendatangkan 'stress'.Ada 'stress' yang
bagus dan sangat-sangat digalakkan. Contohnya, apabila kita baru sahaja
menyedari betapa menyedihkan keadaan masyarakat Melayu kita sekarang ini, lalu
kita rasa 'stress' dan disebabkan rasa 'stress' inilah, otak kita yang
selalunya hanya berangan nak jadi Batman, bercita-cita pula nak jadi ahli
jawatankuasa belia Masjid.Atau mungkin juga, apabila musim peperiksaan kian
hampir, para pelajar melayu kita semakin 'stress' dan disebabkan rasa 'stress'
tadilah semakin mereka giat belajar semoga ideologi 'Melayu Bodoh' dapat
dimusnahkan atau diganti dengan 'Melayu Boleh!'.
'Stress' yang seperti ini wajib
ada di setiap individu yang berkebolehan. 'Stress' yang seperti inilah yang
dapat merubah nasib sesuatu kaum kerana ianya menyebabkan masyarakat kaum tadi
berusaha dengan lebih gigih lagi dan berfikir dengan lebih mendalam lagi. Akan
tetapi, 'stress' yang keterlaluan dan yang tidak dipimpin keimanan, boleh
membahayakan.
.Selain
daripada perkara-perkara yang disebut diatas tadi, ini adalah beberapa lagi
punca-punca yang sering memberi tekanan dalam kehidupan. Kami selitkan juga
beberapa contoh bagi setiap punca
.•
Kehilangan.
o Seperti apabila seorang yang sangat dicintai meninggal
dunia.
o Atau apabila handphone yang baru beli hilang.
o Atau apabila kaset Dato'
Siti Nurhaliza anda dikebas orang.
• Kebosanan.
o Apabila kehidupan tidak lagi membawa sembarang
keseronokan.
o Atau juga apabila anda terpaksa temankan isteri anda 'shopping
'o
Atau apabila kawan anda asyik nak bercerita kisah ekspedisinya ke gunung di
Scotland sahaja.
• Diberi Tugas.
o Apabila anda diberi tugas yang belum pernah anda
lakukan.
o Atau apabila dikehendaki mempelajari suatu perkara baru.
o Atau
apabila isteri anda menyuruh anda beli su'un di kedai sedang anda asyik membaca
artikel orangkita.com
• Kekecewaan
o Apabila anda
terasa tidak punya daya untuk merubah sesuatu perkara yang tidak dingini yang
berlaku atas diri anda.o
Seperti apabila tunang anda memutuskan pertunangan
kerana katanya bau mulut anda terlalu kuat.o
Atau apabila kumpulan kegemaran
bolasepak anda ditewaskan 7 - 0.
• Bahayao Apabila keselamatan diri tidak terjamin.o Seperti apabila berjalan seorang diri di tepi perkuburan di waktu malam.o Atau juga apabila syarikat dimana anda bertugas mengambil keputusan untuk mengurangkan bilangan pekerjanya.
• Bahayao Apabila keselamatan diri tidak terjamin.o Seperti apabila berjalan seorang diri di tepi perkuburan di waktu malam.o Atau juga apabila syarikat dimana anda bertugas mengambil keputusan untuk mengurangkan bilangan pekerjanya.
• Tekanan Fizikal
o Sewaktu
sedang kurang sihat.
o Seperti apabila sakit perut.
o Atau mungkin juga sewaktu
selsema.
• Perubahan Kehidupan
o
Apabila keadaan baru memaksa anda merubah cara kehidupan anda.
o Seperti apabila
anda baru berumahtangga atau juga apabila baru mendapat cahaya mata.
o Atau
mungkin juga apabila baru mendapat rumah, atau baru mendapat jawatan baru.
Kesan Dan Pengaruh 'Stress' di atas tubuh anda
• Penafasan anda semakin laju.
• Kadar debaran jantung dan
tekanan darah meningkat.
• Penghadaman makanan menjadi perlahan.
• Kadar
berkeringat atau berpeluh anda meningkat.
• Otot-otot menjadi tegang.
• Beberapa
kimia didalam tubuh anda dilepaskan supaya darah lebih senang bergumpal.
• Gula
dan lemak didalam tubuh anda dilepaskan.
Tanda-tanda Fizikal 'Stress'
•
Ketegangan otot-otot.
• Denyutan jantung yang laju dan tidak tetap.
• Dada tidak
rasa selesa.
• Kerap terasa hendak buang air kecil
.• Sakit kepala.
• Rasa letih,
lesu dan lemah.
• Mulut dan tekak menjadi kering.
Tanda-tanda Emosi 'Stress'Anda merasa.
.•... risau dan tertekan.
•... ketegangan fikiran dan tak dapat
menenangkannya
.•... otak anda rasa penat berfikir
.•... berbelah bagi
.•... cepat
marah dan sentiasa mengeluh
.•... runsing atau kecewa
•... senang menangis
Ada tak tanda-tanda stress dalam diri tu? hihii bahayakan kalau adaa.. Sebab mempengaruhi emosi.. Nanti cepat je sensitive.. Nangislah kann... hihiKalau lelaki pulak? Cepat je marah benda-benda remeh... Takpaa.. Nanti kita kongsi cara atasi stress yee..Sangatt berguna untuk kite sindiriiiiiiii... heeeeok lah... byeee
Ada tak tanda-tanda stress dalam diri tu? hihii bahayakan kalau adaa.. Sebab mempengaruhi emosi.. Nanti cepat je sensitive.. Nangislah kann... hihiKalau lelaki pulak? Cepat je marah benda-benda remeh... Takpaa.. Nanti kita kongsi cara atasi stress yee..Sangatt berguna untuk kite sindiriiiiiiii... heeeeok lah... byeee
-eyla joe-
jgn stress2 nt jerawat naik. :) mcm mn dah g check ke dr.ko?
ReplyDelete