Thursday 14 November 2013

Stress ( Punca dan Kesan )


Assalammualaikum..
Petang-petang ni... Dah takda kerja.. Terbaca satu artikel dari Ustaz Dr Musthafa Umar..Tentang stresss.. puncaa dan kesan diaa.
Ce masing-masing cek ada tak tanda-tanda tu? kalau rasa nak marah je kee... Berdebar je kee... hihii
( padahal sendiri pun dah nampak tanda-tanda ni..) hihii
Sekadar perkongsian semoga bermanfaat..



Artikel ini ditulis sebagai bacaan rekreasi sahaja dan bukan sebagai satu panduan kedoktoran. Jikalau anda mempunyai masalah yang tertulis di bawah ini, harap rujuk kepada seorang doktor.

Sering kita dengar manusia-manusia di sekeliling kita berkata yang dia tengah 'stress'. Baik yang tua atau yang muda. Pelajar-pelajar dan ibu bapa mereka bila musim perperiksaan semakin hampir, rasa 'stress'. Bila time kena bayar cukai pendapatan, yang dicukai, rasa 'stress'. Bila nampak 'steady' jalan dengan orang lain, si pemuda atau pemudi, rasa 'stress'. Dan seterusnya.. Jadi, apakah dia sebenarnya makhluk yang bergelar 'stress' ini?Apa sebenarnya 'stress'?

'Stress' kalau mengikut Kamus Progresif Inggeris-Melayu, adalah 'tekanan' atau 'titik berat'. Jadi bila seseorang itu berkata dengan kita bahawa dia sedang 'stress', ini bererti bahawa besar kemungkinan, dia tengah merasa tekanan hidup. Atau mungkin juga dia sedang mengalami satu 'titik berat' dalam kehidupannya. Atau mungkin juga dia hanya tengah sakit perut.

Tekanan hidup adalah satu perkara yang mesti ada di dalam kehidupan. Tiap yang hidup, selalunya mesti ada merasai tekanan hidup dalam usahanya untuk meneruskan kehidupan. Boleh dikatakan, setiap perasaan yang kita rasakan dan setiap pekerjaan yang kita lakukan, boleh mendatangkan 'stress'.Ada 'stress' yang bagus dan sangat-sangat digalakkan. Contohnya, apabila kita baru sahaja menyedari betapa menyedihkan keadaan masyarakat Melayu kita sekarang ini, lalu kita rasa 'stress' dan disebabkan rasa 'stress' inilah, otak kita yang selalunya hanya berangan nak jadi Batman, bercita-cita pula nak jadi ahli jawatankuasa belia Masjid.Atau mungkin juga, apabila musim peperiksaan kian hampir, para pelajar melayu kita semakin 'stress' dan disebabkan rasa 'stress' tadilah semakin mereka giat belajar semoga ideologi 'Melayu Bodoh' dapat dimusnahkan atau diganti dengan 'Melayu Boleh!'.
'Stress' yang seperti ini wajib ada di setiap individu yang berkebolehan. 'Stress' yang seperti inilah yang dapat merubah nasib sesuatu kaum kerana ianya menyebabkan masyarakat kaum tadi berusaha dengan lebih gigih lagi dan berfikir dengan lebih mendalam lagi. Akan tetapi, 'stress' yang keterlaluan dan yang tidak dipimpin keimanan, boleh membahayakan.

Punca-punca 'stress'


.Selain daripada perkara-perkara yang disebut diatas tadi, ini adalah beberapa lagi punca-punca yang sering memberi tekanan dalam kehidupan. Kami selitkan juga beberapa contoh bagi setiap punca

.• Kehilangan.
o Seperti apabila seorang yang sangat dicintai meninggal dunia.
o Atau apabila handphone yang baru beli hilang.
o Atau apabila kaset Dato' Siti Nurhaliza anda dikebas orang.

• Kebosanan.
o Apabila kehidupan tidak lagi membawa sembarang keseronokan.
o Atau juga apabila anda terpaksa temankan isteri anda 'shopping
'o Atau apabila kawan anda asyik nak bercerita kisah ekspedisinya ke gunung di Scotland sahaja.

• Diberi Tugas.
o Apabila anda diberi tugas yang belum pernah anda lakukan.
o Atau apabila dikehendaki mempelajari suatu perkara baru.
o Atau apabila isteri anda menyuruh anda beli su'un di kedai sedang anda asyik membaca artikel orangkita.com

• Kekecewaan
o Apabila anda terasa tidak punya daya untuk merubah sesuatu perkara yang tidak dingini yang berlaku atas diri anda.o 
Seperti apabila tunang anda memutuskan pertunangan kerana katanya bau mulut anda terlalu kuat.o 
Atau apabila kumpulan kegemaran bolasepak anda ditewaskan 7 - 0.
• Bahayao Apabila keselamatan diri tidak terjamin.o Seperti apabila berjalan seorang diri di tepi perkuburan di waktu malam.o Atau juga apabila syarikat dimana anda bertugas mengambil keputusan untuk mengurangkan bilangan pekerjanya.

• Tekanan Fizikal
o Sewaktu sedang kurang sihat.
o Seperti apabila sakit perut.
o Atau mungkin juga sewaktu selsema.

• Perubahan Kehidupan
o Apabila keadaan baru memaksa anda merubah cara kehidupan anda.
o Seperti apabila anda baru berumahtangga atau juga apabila baru mendapat cahaya mata.
o Atau mungkin juga apabila baru mendapat rumah, atau baru mendapat jawatan baru.


Kesan Dan Pengaruh 'Stress' di atas tubuh anda
• Penafasan anda semakin laju.
• Kadar debaran jantung dan tekanan darah meningkat.
• Penghadaman makanan menjadi perlahan.
• Kadar berkeringat atau berpeluh anda meningkat.
• Otot-otot menjadi tegang.
• Beberapa kimia didalam tubuh anda dilepaskan supaya darah lebih senang bergumpal.
• Gula dan lemak didalam tubuh anda dilepaskan.


Tanda-tanda Fizikal 'Stress'
• Ketegangan otot-otot.
• Denyutan jantung yang laju dan tidak tetap.
• Dada tidak rasa selesa.
• Kerap terasa hendak buang air kecil
.• Sakit kepala.
• Rasa letih, lesu dan lemah.
• Mulut dan tekak menjadi kering.

Tanda-tanda Emosi 'Stress'Anda merasa.
.•... risau dan tertekan.
•... ketegangan fikiran dan tak dapat menenangkannya
.•... otak anda rasa penat berfikir
.•... berbelah bagi
.•... cepat marah dan sentiasa mengeluh
.•... runsing atau kecewa
•... senang menangis

Ada tak tanda-tanda stress dalam diri tu? hihii  bahayakan kalau adaa.. Sebab mempengaruhi emosi.. Nanti cepat je sensitive.. Nangislah kann... hihiKalau lelaki pulak? Cepat je marah benda-benda remeh... Takpaa.. Nanti kita kongsi cara atasi stress yee..Sangatt berguna untuk kite sindiriiiiiiii... heeeeok lah... byeee
-eyla joe-


Friday 8 November 2013

Pulau Mabul

hello Sabtu...
Cuti?? bestnyaaa.. yang kerja ni dah bosan sangattt..
Dah nak habis tahun 2013 lagi 2bulan kan..
Mood cuti sekolah .. Mood bercuti.. dan mood mengabiskann sisa cuti kan? hehee
Mesti ramai yang tercari-cari mana lah tempat nak bercutikan...

Ni haaa.. MABUL ISLAND..
Mula-mulaa tengok gambar tak sangka pulak dalam Malaysia je pulau ni....


Allahu... Cantiknyaa lah kan ? Tenang je...

Pulau Mabul terletak di pesisir pantai tenggara negeri SabahMalaysia. Pulau ini terkenal kerana dekat dengan pulau Sipadan.
Pulau ini kecil dan melengkung dan terdapat banyak batu karang pelbagai jenis. Batu karang menjadi tumpuan spesies ikan marin kerana banyaknya makanan plankton . Dasarnya tidak dalam, sesuai dengan kejadiannya sebagai pentas benua di Laut Sulawesi. Kedalaman sekitar 25 hingga 30 meter sesuai untuk aktiviti 'scuba diving'.
Banyak  hidupan eksotik seperti sotong kurita, cephalopods, udang geragauketamrumpai laut lain.
-sumber sabah-

So semperna cuti-cuti ni.. Masing-masing dah boleh dah servey-servey pakej yang ada dekat mabul island ni.. Kite pun tengah mencari-cari lagi ni..

Haaa.. Berita gembira lah kan.. Air asia ada promotion tu untuk tarikh2 tertentu..
So apaa lagi kan? Book lahh segeraa.. heheeee


gila jatuh cinta tengok gambar-gambar Mabul Island ni..
Lagi-lagi bilaa asyik hadap kerjaa je kann kann..



Cara nak pergi??
Boleh naik kapal terbang kecil (kecil mane xtau laa.. terbacaa je ni.. hehee)  dari Kota Kinabalu ke Lapangan Terbang Tawau. Dari Tawauada bot laju yang boleh disewa ke pulau Mabul. Peralatan menyelam boleh disewa di sekitar bandar Tawau dengan harga berpatutan.



Nanti kalau korang jumpe pakej yang menarik dengan harga yang awesome .. 
Share-share lah tauu.. Okey nanti-nanti usyar lagi tempat menarik kat dalam Malaysia ni..

SUMBER GAMBAR : by google image jee.. hehehe tunggu sampai nanti capture lagi banyak n share kat semuaa yeee.. 

-eyla joe-


Thursday 7 November 2013

Ersano Perfume

hii.. ni perfume pulak..
siapa tak nak bau wangikan..
Tapi nak bawak perfume kehulu ke hilir besoo2 memang lah rajin..
Lagi-lagi perempuan.. Hand beg dah full dah barangkan..
Selit jugak botol perfume.. kuii2 ( aku letuwww)

Tapi sekarang dah senang dah... Ada ersano perfume ni..
Comel jee.. senang nak bawak..
Tapi paling penting bau di tahan lamaaa..
Akak kitaa dah promote dulu.. last-last terjebak..
Banyak pilihan bau .. SEdapppppppppppp

contoh je.. bau lain banyak tauu


Inspirasi dari : Jenama terkenal Antarabangsa
Untuk Wanita
INSPIRED BY
No CODE
01 WB01 Addict DIOR
02 WB02 Apple Blossom, BODY SHOP
03 WB22 Can Can, P HILTON
04 WB04 Amor Amor, CACHAREL
05 WB21 Secret Wish,Anna Sui
06 WB06 Midnight Fantasy, BRITNEY SPEARS
07 WB07 NINA RICCI
08 WB08 Forbidden Rose.Avril Lavigne
09 WB09 Fantasy, BRITNEY SPEARS
10 WB10 Strawberry, BODY SHOP
11 WB23 Be Delicious DKNY
12 WB26 Cool Water Women,DAVIDOFF
13 WB03 White Musk, BODY SHOP
14 WB31 L'eau D'issey, ISSEY MIYAKE
15 WB32 Envy Me. W. GUCCI
16 WB34 Miracle, Lancome
17 WB05 Vanilla Musk By Coty
18 WB43 Eternity Women, Calvin Klein
19 WB40 Dewberry,BODY SHOP
20 WB45 Happy Heart,Clinique
21 WB42 Boss Women, HUGO BOSS
22 WB47 Still Jennifer Lopez
23 WB48 BURBERRY BODY
24 WB50 BURBERRY BY BERBERRY
25 WB51 FLORA GUCCI
26 WB41 TOMMY GIRL
27 WB 17 POISON

ni pilihan untuk perempuann.. banyak kan??



Untuk Lelaki

No CODE

01 MB11 DUNHILL Desire Red
02 MB12 DUNHILL Desire Blue
03 MB18 DUNHILL LONDON
04 MB30 DUNHILL BLACK
05 MB36 Dunhill Desire
06 MB15 Acqua Di Gio, ARMANI
07 MB16 HUGO BOSS Energise
08 MB13 Polo Sport, Ralph Lauren
09 MB29 Polo Blue, Ralph Lauren
10 MB38 Polo Black,RALPH LAUREN
11 MB14 Tommy Hilfiger
12 MB24 Eternity Men, Calvin Klein
13 MB19 Pure Game, ADIDAS
14 MB33 Guilty Men,GUCCI
15 MB35 1 Million , PACO RABANNE
16 MB37 Gaultier 2, JEAN PAUL
17 MB44 Hugo Boss Men,HUGO BOSS
18 MB20 212 VIP MEN.Carolina Herrera
19 MB49 Black XS L'Exces, Paco Rabanne
20 MB52 Skywalker, Mont Blanc
21 MB46 ARMANI BLACK CODE,Giorgio Armani
22 MB66 Drakkar Noir

ni lelaki pulak.. pun banyak kan.. belikan lah bf or gf korang.. biar same-same harum.. ahahaa..



kalau nak order contact fb kita k.. tepi blog ni adaa tau..
PRICE murahh gilaaa RM5 jee.. bukan RM50 


-eyla joe-

RELIAN mascara

assalammualaikum.. salam jumaat... ceh hari ni jumaatkan..
saje je nak share dekat gadis-gadis cantik kat luar sana pasal RELIAN MASCARA..
korang mesti nak nampak bulu mata panjang and lentik kan..
Tapi kalau 24jam bulu mata palsu macam over pulak.. hehehe
Jeng.. jengg...
Now dah ada RELIAN MASCARA yang membantu..



BULU MATA PANJANG SECARA INSTANT TANPA MELAKUKAN EXTENSION? 
wish to have a long natural lashes, lazy to use falsies ~
No worry, try Relian Fiber & Transplanting Gel Mascara~

Mascara Relian ini terdiri dari 2 botol, botol pertama adalah botol yg panjang berisi mascara. Botol kedua yaitu botol yg pendek berisi micro fibre. Fungsi dr micro fibre adalah untuk menambah panjang dan tebal bulu mata, jadi sapukan dari bagian akar , jangan ujung bulu mata saja

SERUM+MASCARA YANG DI PACK JADI 1!
This mascara gives u define look that won't make ur eye lashes clump together.
Every strands of lashes will stand out on its own gives out a very natural look.
This mascara curls eyelashes softly and makes a gorgeous eye shape.
It is a non water-proof, smudge-proof, n easily removal.
Seeing is believing
Get one for 300% extension lashes ^ ^



CARA PEMAKAIAN :
1. Sapukan mascara yg ada di botol panjang
2. Kemudian langsung timpa dengan yg botol pendek (micro fibre) ...
3. Sapukan kembali mascara yang ada di botol panjang
4. Ulangi step 1-3 sampai mendapatkan hasil yang di inginkan
5. Waterproof


PRICE : RM40 only include postage tauu.. 
Kalau ada yang nak cuba-cuba meh laaa.. cari fb kita.. pm okey

-eyla joe-



Tuesday 5 November 2013

Resepi Pavlova

sejak-sejak dah duduk rumah ni... Tekak berselera sangat..
lagi-lagi bukak facebook tengok diorang asyik update macam-macam makanan kan..
so tekak ni lagi lah macam-macam permintaan dia.. hehee
dulu selalu order je.. Tapi bila cuti-cuti ni pasang niat nak buat sendiri lah..
Belajar yerr.. Belajar.. so kita pun google lah resepi-resepi yang adaaaa..



Tertiba jumpa resepi PAVLOVA ni.. Tengok macamm senang jee.. so kitaa pun mencuba laaaa.. heheee

BAHAN - BAHAN :

Meringue
4 Putih Telur
1 cawan gula halus (boleh kurangkan)
1 sudu kecil cuka masakan
1 sudu kecil tepung jagung

Hiasan
3/4 cawan wiping cream
strawberry / Kiwi/ pelam/ anggur ( Anything sour )



Oven
1. Pre-heat oven pada suhu 150 darjah celcius

Meringue
1. Dengan menggunakan mixer, pukul 4 putih telur sehingga berbuih (foamy) macam sabun dalam bath tab.. cewahh.. =P
2. Masukkan castor sugar sedikit demi sedikit, dan increase the speed.. Nak senang tekan turbo teruss je
3. Semasa masukkan caster sugar, masukkan sekali cuka masakan dan tepung jagung.
4. Pukul sehingga menjadi berkilat dan *bertanduk or kilatt..

* Bertanduk : Apabila kita terbalikkan meringue, ia tidak jatuh daripada bekas mixer (terbalik kat kepala.. kalau tak jatuh okey letuww)

5. letakkan kertas minyak yang dah di lukis bulatan.. tapi nak agak2 bulatan pun boleh jee
6. Tuang meringue tu atas bulatan tuu.. tuang comel2 yerr
7. Bakar selama 1jam 15min .. tengok pada over laa
8. Apabila sudah masak, bukak pintu oven sedikit dan biarkan ia dalam oven seketika.. Bukak tapi jangan keluarkan dulu... Biar jee diaa sejuk tau.. 

PANTANG LARANG GITUWW
** make sure putih telur je yang digunakan.. bekass tu bersih xda air.. xda habuk or pape pun lahh..

 Hiasan
1. Dengan menggunakan mixer, pukul whiping cream sampai gebuuu.. kita guna brand value pride ni.. sedap dah manis macam ice cream je rasaa diaa.. nyam2.. balance dah gebu tu siap kita makan gituw jee.. heheee


2. Hias dengan buah apa-apa jee.. macam anggur ke.. kiwi kee.. yang masam2 laa.. sebab meringue tu dah manis kan.. kita letak pelam semalam.. then rasa ni jadi macam manggo delight secret recipe pulakk cream n mangga tuu.. heheee

tadaaaaaa.. percubaan keduaa menjadi.. tapi hias comott sikittt.. tapi rasaa boleh pergi jauh laa.. hehehe cuma gula kena kurangkann..
okey esok2 kongsikan resepi lain pulak yerr..
cuba lah.. Tak susah pun.. buat makan suka-sukaa =)


-eyla joe-


kembaliiiiiii semulaaaaa

Assalammualaikum semuaa...

Rindunyaa nak update blog ni...  lama dah rasanya tak bukak pun..
Busy dengan final semester bulan lepass..
Dan sekarangg.. Result pun dah keluar..
Alhamdulillah saya sudah GRAD dengan jayaaaaaaaanyaa walaupun tak lepas target..

Cuma nak pesan.. Hargailah masa-masa kat universitii tu walaupun rasa macam malas ke penat ke..
Sebab bila dah kerja ni.. Rindu kawan-kawan..
Rindu roommate-roomate tu.. Semua-semuaa lah....


Sekarang dah banyak masa nak update blog nii..
Dan dah rajin konon2 nak masuk dapur.. hehehee
Nanti kita kongsikan resepi-resepi untuk isi masa weeknd yeee..
TAtaaaa korang..
Semoga setiap ukhwah yang terjalin kekal di ingatan..