Wednesday 26 September 2012

pilihan ku

Istiqarah untuk membuat pilihan...

semoga yang terbaik itu..

milik kalian..













sesungguhnya..
aku hanya mampu merancang..
apa yang aku mampu..
tapi semakin indah perancangan yang diukir..
semakin berdebar rasaa hati..
mungkin kerana aku makin sedar, yang aku hanya mampu merancang..

ya allah..
seandainya dia tertulis menjadi imamku..
aku redha..
untuk terima dia seadanya..
siapa pun masa lalunyaa... ^_^
tidak perlu dia berubah menjadi seorang imam dikhalayak ramai..
tetapi cukup lah mampu menjadi imam kepadaku..

ya allah..
seandainya dia bukan untuk ku..
perkuatkan hati kami untuk redha dengan apa yang engkau tetapkann..
dan aku sangat berharap..
akan hadir seorang wanita soleha menggantikanku..
untuk mendampinginyaa...

ya allah..
tidak kira siapa pun pilihan ku..
sangat berharap agar aku tidak menjadi penyebab pada banyak hati yang terluka..
sesungguhnya tidak mampu rasanya menjaga ke semua hati itu.. 
kerana itu..
ku titipkan semula hati-hati itu kepada mu..
untuk di jaga oleh mu..

awakk.... awakkk...
saya cuma mampu berdoa yang terbaik untuk kita semua.. 
dan berusaha yang terbaik..
yang saya mampu...
cuma buat istiqarah untuk kita semuaa...
awak...
tak kira apa pun prnghujung cerita kita..
sesungguhnya..
semua ini antara yang terindah yang saya miliki..
semoga kita sentiasa redhaa... ^_^





Saturday 22 September 2012

perkara yang perlu dielakkan dalam hubungan?

Setiap pasangan yang bercinta pasti mengahrapkan hubungan yang terjalin berkekalan ke akhir hayat mereka.. Tetapi ramai yang terlalu leka sehingga tak perasan perkara-perkara kecil yang menjadi punca keretakkan hubungan yang terjalin..
kalau baru 2, 3 bulan bercinta tak pa..
ini ada yang dah 3,4 tahun tapi terputus kat tengah jalan sebab sikap sambil lewa tentang masalah dalam perhubungan..



Perkara yang perlu dielakkan
  • bergantung hidup 100% pada pasangan tetapi tidak pada ALLAH 
    terlalu bergantung pada pasangan sampaikan lupa bahawa ALLAH yang menentukan segalanya.. sehebat mana kita merancang, tapi kalau lupa nak minta pada ALLAH untuk jagakan hubungan tu,, hubungan tu tak kan kemana..
  •  
  • langsung tidak bagi perhatian pada pasangan dengan harapan dia faham
    tak kira berbelas tahun pun bercinta, tapi perhatian tu penting dalam perhubungan. 
    mungkin memang lah dia faham yang korang ni terlalu busy sampai takda masa nak bagi perhatian.. tapi jangan sampai satu hari nanti, korang pun kena faham bila dah ada orang lain yang bagi perhatian pada dia.. masa tu baru terkeduu.. tak guna dahh..

  • maki hamun ketika marah..
    tak kira berapa panasnya suhu hati kita masa tu.. silaa lah cover bahasa yang digunakan untuk sembur pasangan tu.. sebab bila sekali tergunakan bahasa kesat ni.. akan datang mesti terbiasa..
    kalau dah asyik bermaki hamun, macam mana nak datang rasa hormat..? dan macam mana nak teruskan hubungan ke alam perkahwinan pulak?

  • jangan ungkit masa lalu pasangan 
    tak kira lah siapa pun pasangan kita sebelum ni.. belajar lah untuk tidak mengungkit kisah hidup dia..
    sebab kalau kita dah sedia terima dia seadanya, tak perlu nak persoalkan masa lalu dia..yang penting siapa dia sekarang bilaa bersama kita. tak kira geram macam mana pun masa tu, jangan pernah sentuh isu sensitif bagi dia.

  • elakkan perkara yang mencurigakan
    biasalah zaman IT ni.. berwassap,, bbm,, viber bagaii.. tapi tak perlulah nak delete semua conversetion tu..sebab bilaa inbox tu kosong.. sure laa pasangan korang jadi curigaa.. lebih baik just cerita dengan jujur.. dan kalau nak lagi selamat, perkenalkan lah orang tu pada pasangan biar dia rasa yang dia tu istimewa .. mesti masa tu dah tak tarik muncung dah..

  • elakkan  bertanya soalan-soalan hangat pada waktu yang salah 
    kalau ada perkara tak kena nak dibincangkan.. pilih lah waktu yang sesuai..
    jangan lah pasangan baru balik penat-penat dah bertubi-tubi soal.. bila tak jawap makin disembur-sembur lagi.. memang cari nahas..

perkara yang paling penting dalam perhubungan.. berdoa pada ALLAH ..
sesungguhnya DIA yang maha pemurah untuk memberi rasa bahagia itu..
tak kira sehebat mana kita merancang, kalau ALLAH tidak catatkan dia milik kita..
pasti dia bukan milik kitaa..

titipkan perancangan kamu dalam doa.. dan kirimkan kepada ALLAH..
serahkan pengharapan berserta usaha, dan insyaallah bahagia itu milik kita selamanyaa... 

hargai kesetiaan pasangan kamu..
tak perlu mencari yang terlalu sempurna jika yang sederhana sudah cukup membahagiakan..
jika kamu mencintai pasanganmu kerana ALLAH,, pasti akan berganda bahagia itu..

^_^
 semoga hubungan yang sedang kalian jalinkan berterusan ke jinjang pelamin dan menjadi jambatan menuju ke syurga..