Thursday 30 August 2012

Sebab Memilih Berkahwin Diusia Muda

Barangsiapa diantara remaja berkahwin pada usia yang muda..
Maka, menangislah syaitan.. 
Dan mengeluh " Aduh, celaka aku, agamanya telah dipelihara daripada godaanku"

Nampak tak betapa bermanfaatnya kahwin diusia muda.. =)
sampai syaitan pun menangis.. kan? 
Tapi bukan senang nak dapat lampu hijau untuk kahwin awal ni..
yelahh.. ibubapa kita mesti tak ready nak lepaskan anak-anak mereka kepada orang lain..




KEBAIKAN BERKAHWIN DI USIA MUDA

1. Menghalalkan Perhubungan
 Semakin lama hubungan itu berjalan tanpa ikatan yang sah. Semakin banyak dosa yang berterusan dihitung tanpa sedar. so kalau dah berkahwin,apa yang kita buat semua jadi pahala.. waahhhhh!  ^_^

2. Bimbingan
Setiap berhubungan itumemerlukan bimbingan. Perkahwinan itu terlalu indah sebagai salah satu cara membimbing. Dengan adanya ikatan yang halal itu, barulah betul-betul wujud istilah bimbingan.
ini kalau setakat baru jadi couple dah kecoh satu dunia. " aku nak bimbing gf/bf aku. so dia cuma boleh keluar dengan aku seorang je.."

Opss.. itu dah kira salah bimbing lerr tu.. Pasal tak halal pun.

3. Berkongsi
Setiap orang memerlukan seorang teman untuk berkongsi luahan,pendapat, dan segala yang berlaku dalam kehidupan hariannya.
Oleh itu, carilah seorang suami/isteri yang mampu menjadi pasangan perkongsian hidup untuk kita selamanya. Kerana seorang suami/isteri merupakan teman sepanjang hayat yang setia untuk berkongsi segala hal.


4. Pasangan itu Anugerah
Kalau betul lah kita dah jumpa pasangan yang baik..
Alhamdulillah.. sebab ssungguhnya dia anugerah..
Sebab itu tak salah memilih perkahwinan diusia muda sebagai jalan penyubur cinta.
Lagi pun, takut lama-lama nanti, ada pulak yang di kebas orang.

5.Ekonomi Vs dUit
Berdikari bersama. Mesti indahkan sesebuah perhubungan itu, bila kita bermula bersama di bawah.
dan dapat kebahagiaan bersama-sama at the end.
Kalau rasa dah berkemampuan dan ready nak tanggung anak dara orang.
Berkahwin lah. sekurang-kurangnya anda berhabis duit ada pasangan anda yang sah.
Daripada anda melabur duit pada gf/bf yang belum tentu jadi hak anda. lagi baik anda kumpul duit untuk mejadikan dia yang sah seumur hidup.


Jadi kepada kita-kita yang dah mampu ni.. dan rasa-rasa dah bersedia nak pikul tanggungjawap dan dah dapat lampu oren yang nak bertukar hijau.. TAHNIAH!
Dan mungkin perkahwinan diusia muda itu anugerah untuk kalian menyuburkan lagi cinta kepada ALLAH dan pasangan. Jadi selamat meneruskan niat murni itu.
Dan kepada yang belum bertemu jodoh. insyaallah ALLAH dah aturkan untuk kalian yang terbaik..





Thursday 23 August 2012

Hati itu milik allah

setiap hari kita tidak lepas daripada membuat pilihan..
nak pilih makan apa..
nak pilih pergi mana..
nak pilih pakai baju apa..
tapi pernahkah kamu terfikir...
dalam sehari kamu harus memilih siapakah teman hidup kamu??

subahannallah...
sekiranya itulah situasi kamu..
pastinya tersangat berat keadaan itu..
soal perasaan dan hati bukan sesuatu yang mudah,,
kerana kita tidak berhak menghancurkan hati orang lain..
tetapi tidak juga berkemampuan untuk menjaga semua hati..

hati itu milikk allah..
cinta itu juga dari allah..
muhasabah diri kitaa...
untuk kembali pada allah..
ketika kita tak mampu menjaga hati-hati itu...
lepaskan lah setiap hati itu..
agar kembali pada allah..
agar di jaga dan pelihara oleh allah..

tulang rusuk yang hilang itu..
pasti tidak akan tertukar kepada pemilik asalnyaa..
insyaallah.. =)

Tuesday 14 August 2012

Jarak bukan pemisah..

Jarak beratus kilo meter itu, meresahkan setiap perhubungan..

kurang dari 30hari...
kita akan semakin jauh sahabat..
tetapi percayalah..
kau tetap sahabat terbaik..

semoga jarak yang ada itu..
menjadikan kau seorang wanita yang tabah..
yang akan bangkit disetiap kejatuhanmu..
walaupun tanpa aku disisi..
tetapi aku kekal di hati..




to hani atiqah binti m.nasir..
    kamu sahabat sejati anugerah allah untuk diriku.. =')
    jaga diri di tempat orang..
    moga ilmu yang kau tuntut itu,,menjadi pelindung diri mu.. =')
    amin..
   moga ALLAH menjaga kamu di sana sahabat..

Monday 13 August 2012

sahabat itu ibarat''

siapakah sahabat anda?

sahabat adalah seseorang
 yang akan sentiasa menghulurkan tangan ketika kamu rasa terjatuh..
yang akan sentiasa memimpin kamu ketika kamu tak berdaya..
yang akan sentiasa menyapu airmata kamu ketika kamu menangis..
 yang akan sentiasa berkonsgi kekuatan ketika kamu rasa rapuh....

jadi..
hargailah mereka yang bergelar sahabat..
menjadi seorang sahabat yang sentiasa diperlukan..
adalah lebih baik...
daripada...
berusaha menjadi seseorang yang memerlukann..

sahabat sejati itu seumpama mata dan tangan..

"ketika tangan kesakitan, mata kan menangis.."

"ketika mata menangis, tangan akan menyapunya"

 

i love yOu bff <3