Tuesday, 2 October 2012

Doa Ketika Sakit

Salamm..

Hari ni terasa nak share tentang doa-doa yang boleh diamalkan untuk mengurangkan sikit rasa sakit..

Walaupun zaman moden ni, banyak dah ubat-ubat kat luar..

Tapi rasanya kita tetap perlu minta pada ALLAH kan?

Lagi-lagi kalau si pesakit tu ialah orang seperti aku.. ^_^

Tak suka jumpa doc ++ ubat-ubat...

Maklum lah pahit kan... heeee

So ini antara doa yang aku jumpa dan semoga membantu ..




 

DOA KETIKA SAKIT

Letakkan tangan anda ke tempat yang sakit lalu baca doa di bawah.

Jika orang lain yang sakit, letakkan tangan anda ditempat yang sakit

lalu berdoa seperti di bawah:

 

 

بسم الله الر حمن الر حيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

(Dibaca 3 kali)

 

 

اَعُوذُ بِعِزَّةِ اللهِ وَبِقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِمَا اَجِدُ وَاُحَاذِرُ

Aku berlindung dengan kebesaran Allah dan kekuasaanNya

dan kejahatan apa yang aku deritai dan aku khuatirkan

 

 

 

Si sakit hendaklah memperbanyakkan bacaan berikut :


لا اِلهَ اِلا اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُ , لا اِلهَ اِلا اللهُ وَحْدَهُ

لا شَرِيْكَ لَهُ , لا اِلهَ اِلا اللهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ

لا اِلهَ اِلا اللهُ ,لا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ الا بِاللهِ

Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah yang Maha Besar

Tiada Tuhan melainkan Allah sendiriNya

Tiada sekutu bagiNya, Tiada Tuhan melainkan Allah

bagiNyalah Pemerintahan dan Kerajaan dan bagiNya segala pujian

Tiada Tuhan melainkan Allah

Tiada daya dan upaya melainkan dengan kehendak Allah

 

 

 

Rasulullah s.a.w. menyapukan tangan baginda ketubuh ahli keluarga

yang sakit dengan tangan kanan lalu membaca

 

اَللهُمَّ رَبِّ النَّاسِ مَذْهِبَ البَأسِ اِشفِ اَنْتَ الشَّافِى

لا شَافِى اِلا اَنْتَ شِفَاءً لا يُغَادِرُ سَقَمَا

Ya Allah, Tuhan segala manusia, yang menghilangkan penyakit

sembuhkanlah. Engkaulah penyembuh selain Engkau

sembuh yang tidak meninggalkan sakit lagi

Riwayat Muslim

 

 

 

Doa sebelum makan/minum ubat

 

بِسْمِ اللهِ الرَّ حْمَنِ الرَّ حِيْمِ

أَذْهِبِ الْبَائْسَ رَبَّ النَّاسِ اِشْفِ اَنْتَ الشَّافِى

َلا شَافِىَ اِلا اَنْتَ اَللهُمَّ اِنِّى اَسْئَلُكَ الْعَافِيَةَ

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Wahai Tuhan manusia, hilangkanlah derita, sembuhkanlah,

Engkaulah yang Maha Penyembuh. Tiada Penyembuh kecuali Engkau

Ya Allah aku mohon sihat afiat kepadaMu

 

 

 

 

Doa selepas makan/minum ubat


اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِى كَفَانَا وَاَرْوَانَا غَيْرَمَكْفِيَ وَلا مَكْفُورِ

Segala puji bagi Allah yang telah memberi kepada kami kecukupan

dan kepuasan yang tidak terabaikan dan tidak tertolak

 

 

 

Doa supaya lekas sembuh


 اَسْاَلُ اللهَ الْعَظِيْمَ اَنْ يَشْفِيَنِى شِفَاءً لا يُغَادِرُ سَقَمًا

Aku mohon kepada Allah yang Maha Agung agar menyembuhkanku

benar-benar sembuh yang tidak terabaikan dan tidak tertolak.

 

 

 

 Setiap sakit yang diberi merupakan ujian ..

Tiada sakit yang tiada penawar kecuali kematian..

Selagi ada kesempatan, ikhtiar dan usaha itu perlu..

Semoga tabah melalui dugaan yang diberikan.. 

AMINN....  ^_^

1 comment:

  1. JTG | NJ Casino, Hotel & RV Park - JTM Hub
    JTG offers 파주 출장마사지 more 경상북도 출장샵 than 200 slot machines, video 하남 출장샵 poker and many table games. We have multiple gaming tables on each of our 밀양 출장안마 gaming floors. 군포 출장마사지

    ReplyDelete