Wednesday, 17 October 2012

Dia suami ku..





Dua bulan yang lalu, aku telah menikahi seorang lelaki pilihan keluargaku. Memandangkan aku baru kehilangan seorang tunang,yang sangat aku cintai. Azlan, lelaki pertama yang membuka hatiku. Memiliki dirinya membuatkan aku rasa bertuah. Namun, Allah lebih menyayanginya dan bukan jodoh kami. Kerana hati ni masih milik Azlan, aku hanya bersetuju untuk menerima Fareez didalam hidupku tanpa memikirkan akibat tidakanku akan datang. 


 Di hari pernikahanku,buat pertama kalinya aku melihat wajah si dia yang menjadi suamiku. Fareez Arshad? Ya Allah, dalam linangan air mata dahiku dikucup olehnya. Aku terpaku dan kaku. Terasa seluruh darahku berhenti mengalir. Kenapa? Kenapa?? Wajahnya saling tak tumpah seperti Azlan. Bezanya cuma kulitnya cerah berbanding Azlan yang suka berjemur memandangkan dia merupakan salah seorang pemain bola sepak negeri. Aktivitinya terlalu padat namun tidak sekalipun mengabaikan aku. Setiap pertandingan yang disertainya, pasti akan ada aku. Kerana, padanya aku merupakan semangatnya dan tanpa aku, semangatnya hilang. Kami merancang untuk bernikah pada hari lahirnya dibulan March tahun hadapan, tetapi nasib tidak menyebelahinya apabila dia terlibat dalam kemalangan ngeri ketika ingin menjemputku pulang dari kerja. 


 Lemah longlai tubuhku, apabila mendapat panggilan telefon dari seorang sahabat yang meminta aku turun dari pejabat pada petang itu. Katanya Azlan tidak dapat menjemputku. Bila aku tanya mengapa? Dia hanya minta aku supaya tabah dan kuat, kerana Azlan telah pergi buat selamanya.  Ya Allah, betapa lemah dan longlai tubuhku. Namun ku kuatkan diriku, untuk pergi ketempat kejadian. Ku lihat orang ramai sudah beredar dan Azlan sudah dibawa ke hospital. Namun, kereta miliknya masih ada di tepi jalan. Ku jenguk kedalam kereta dan ternampak sebuah kotak hadiah. Aku mencapai kotak itu dan tertulis “buat permaisuriku” . Aku memeluk kotak itu dan pandanganku mulai kabur. Aku hanya terasa ada seseorang yang menyambutku dari rebah ke belakang.


7hari tahlil dirumah keluarganya di Ampang Indah. Aku masih diam dan tidak bersuara dengan sesiapa, duniaku terasa kosong. Seorang gadis lincah bertukar murung, dan membuatkan semua orang resah melihat perubahanku. Namun, aku masih tidak mampu menerima kenyataan tunang kesayanganku telah pergi selamanya meninggalkan aku dengan harapan yang tertanam bertahun lamanya, kuatkah aku? 


Malam ke-tujuh itu, aku mencapai kotak di kepala katil. Kotak yang diikat rapi dengan reben merah itu aku bukan perlahan-lahan. Kelihatan sehelai tudung berwarna merah, terlipat rapi didalamnya bersama sekeping kad berbentuk hati. Air mataku deras mengalir membasahi pipiku yang kian cengkung. Perlahan-lahan tanganku membaca kad itu..

“ Permaisuri ku sayang, Nur Qaisarah..
Lan,teringin nak lihat sayang pakai tudung ni nanti. Masa Lan keluar pergi mall semalam, Lan terpandang tudung ni. Mesti cantik kalau bakal permaisuri Lan ni pakai.
Sayang tahu tak kenapa merah jadi warna pilihan kita? Sebab, sayang cakap merah tu buat sayang jadi yakin dan berani nak hadapi hidup ni. Sebab itu, Lan pilih warna ni, lagi pun sayang Lan ni kan putih, mesti cantikkan?

Sayangku, Nur Qaisarah ..
Tidak kira apa pun yang terjadi, kuatkan hatimu sayang. Jadikan hijab ini sebagai perlindung dirimu. Andainya Lan tak mampu nak jaga sayang macam dulu. Lan sentiasa berdoa agar sayang jadi bidadari Lan di syurga. Sayang ingat tak? Bila Lan tanya bila sayang nak pakai tudung? Sayang cakap tunggu ada seseorang yang hadiahkan untuk sayangkan? Dan ini hadiah dari Lan semperna nak pujuk sayang Lan yang dah merajuk 5hari ni sebab tak dapat makan Tomyam kat Pak Abu kan..
Permaisuri ku sayang...
Kamu.. tetap dihati Lan, dan selamanya akan jadi permaisuri Lan..
Semoga hijab ini menjadi pelindung dan kekuatanmu sayang..
-LOVE-
MohD AzlaN

Ya Allah, adakah dia dapat merasa masanya sudah tidak lama untuk menunaikan janji-janjinya padaku. Ya Allah berilah aku kekuatan, sambil tanganku mencapai tudung itu dan menyarung dikepalaku. Rambut ku yang panjang sehingga ke pinggang ku ikat rapi. Sambil memandang cermin, aku mencium tudung itu. Ya Allah mungkin tiba masanya aku membuat perubahan itu kerana MU. Sambil menangis aku merebahkan diri ke katil dan memeluk tudung merah itu.


Keesokkan paginya, aku sudah memulakan tugas di pejabat. Banyak mata-mata yang tersenyum memandangku, mungkin kerana penampilan ku hari ini. Aku menggenakan sehelai baju kurung putih berbungga merah dipadankan dengan tudung merah pemberian Azlan. Yaa, hari ini aku berhijab. Dan hari ini adalah permulaan baru buat aku melangkah meneruskan hidupku. Aku berasa bertambah yakin dengan penampilanku, terasa lebih dilindungi dan dihormati. Tiada sudah skirt pendek yang menghiasi betisku. Tiada lagi kemeja sendat yang membalut tubuhku. Semuanya telah tiada. Aku masih seorang gadis yang bernama Nur Qaisarah, tapi bersemangat baru dengan harapan aku kuat menghadapi hidup tanpa tunang yang aku cintai.

Ibu orang pertama yang menciumku ketika mengetahui perubahanku. Aku nampak airmata di pipi ibu,mengkin kerana dia merasai keperitan hidupku untuk bangun dari mimpi-mimpi indahku semalam..

Setahun sudah berlalu, aku masih menjalani rutin harianku. Berkunjung ke pusara tunangku setiap jumaat. Membacakan yassin agar dia tenang disana. Aku tidak pernah menganggapnya mati kerana bagiku, dia sentiasa hidup dalam hatiku dan tidak akan pernah mati. Kini, sudah dua bulan aku bergelar isteri kepada Fareez Arshad. Lelaki yang tidak pernah aku impikan menjadi imamku. Yang memiliki raut wajah seiras Azlan yang mebuatkan aku rasa berdosa kerana sering kali membayangkannya sebagai Azlan.
Sambil tangan ku memegang kepala nisan, aku tersedu disitu.


Bertanya pada hati? Haruskah aku membuka ruang hatiku ini buat seorang lelaki asing yang telah pun menjadi suamiku kini. Lelaki yang terlalu sempurna buat seorang wanita yang bergelar isteri, namun tidak pernah aku pandang. Apatah lagi aku layan selayaknya sebagai seorang suami, sejak hari pertama dia menjadi suamiku.

“Lan.. kenapa Sarah diduga macam ni. Wajah Reez saling tak tumpah macam muka Lan. Sarah dah cuba untuk sayangkan dia, tapi Sarah takut. Takut andai wajah itu pun hilang dari pandangan Sarah sama macam Lan. Dan Sarah lebih takut untuk bersamanya kerana dalam bayangan Sarah Cuma Lan. Berdosakah sarah sebagai seorang isteri Lan? Patutkah sarah teruskan perkahwinan ini? Kalau sehari pun Sarah tak pernah layan dia seperti seorang suami. Kenapa Lan tinggalkan Sarah terlalu awal. Sarah tak kuat sebenarnya nak langkah tanpa Lan. Sarah rindu kan Lan sangat-sangat.” Tangisku sambil menjiruskan air mawar ke pusara lelaki yang pernah menjadi tunangku.
Sambi memandu pulang ke rumah, fikiran ku terasa terlalu sarat sehingga tidak dapat fokus pada pemanduanku. Dan tanpa sedar aku telah terbabas dan merempuh pembahagi jalan dan tidak sedarkan diri.


Badanku terasa terlalu kebas dan bisa. Tidak mengingati apa-apa selain kali terakhir aku di tanah perkuburan islam seminggu yang lalu. Aku masih tidak membuka mata kerana sayup-sayup kedengaran suara seorang di telingaku. Namun tidak mampu aku mengecam pemilik suara itu.

Terdengar dia mengucapkan di telingaku..
“ Isteriku sayang.. Reez  teringin nak dengar Sarah panggil Reez abang. Walaupun Reez tahu Reez tiada dalam ruang hati sayang.. tapi Reez nak sangat jaga sayang seumur hidup Reez, lapkan airmata sayang.. Reez bahagia sangat walaupun sayang tak pernah layan Reez macam seorang suami. Tiap kali usai solat, sayang cium tangan Reez.. Reez rasa macam nak rangkul isteri Reez yang cantik ni dan cakap pada satu dunia yang Reez bahagia peristerikan sayang.. Reez tahu berat keaadaan sayang, sebab tiap malam sayang akan mengigau dan sebut nama Azlan. Dari mama dan papa, Reez tahu yang dia arwah tunang sayang kan.. sebab tu, Reez tak pernah paksa sayang untuk layan Reez dan hapuskan Azlan dari ingatan sayang. Malahan, Reez bangga ada seorang isteri yan setia pada cintanya. Meskipun cinta sayang, bukan untuk Reez.. Reez janji sayang akan usaha untuk tawan hati sayang.. Reez akan bina mahligai indah kita yer sayang..  Sebenarnya dah lama Reez perhatikan sayang setiap kali turun rehat dari office.. dan masa sayang pengsan dekat kawasan kemalangan Lan dulu, Reez yang sambut sayang daripada rebah.. Sayang, Reez tak kan paksa sayang lupakan kenangan sayang dengan Lan, Reez tahu dia cinta pertama sayang, tapi Reez harap sangat akan ada cebisan ruang untuk Reez sebagai seorang suami.. Reez nak sangat tengok isteri Reez ni bangun semulaa.. Sayang cepat lahh sedar... “ terasa ada airmata hangat yang singgah ke pipi ku diiringi kucupan dari bibir suamiku.

Ya Allah, tulusnya hati Fareez Arshad mencintaiku. Menerima kekuranganku. Adakah aku yang berdosa. Tidak pernah berusaha membuka hatiku untuknya. Ya Allah masihkah ada kesempatan untuk aku membahagiakan lelaki berhati mulia ini yang telah dua bulan menjadikan aku tanggungannya yang halal. Lelaki ini ialah syurgaku yang selama ini ku abaikan. Ya allah, berilah aku petunjukmu. Dalam sedu aku memejamkan mataku.


Hari ini, usai dari solat isyak, seperti biasa aku akan mencium tangan suamiku. Namun,bezanya hari ni aku merasa sungguh tenang memandang wajahnya. Ya, aku sudah bisa menerima kenyataan bahawa dia Fareez Arshad, suamiku. Bukan lagi kayalan Azlan, arwah tunangku. Ya, hari ni aku sedar bahawa aku wanita bertuah memilikinya. Seorang doktor pada masyarakat, tetapi seorang imam padaku. 

Dalam debar aku berkata padanya “ermmm.... Reez.. sayaa... sayaaaaaa.... “
“ yee,, cik Nur Qaisarah? ..” sambil tersenyum mesra  padaku..
“Reez... errr... aaa... aba...ngggg... Sarah nak minta ampun sebab tak pernah anggap Reez sebagai suami. Tak pernah jalankan tanggungjawap Sarah pada abang.. Maapkan Sarah..  Sebab tak dapat terima kenyataan. Sarah takut akan hilang abang macam Lan dulu.. Tapi kesabaran abang buat Sarah jatuh cinta. Sarah bertuah ada suami macam abang. Sarah janji akan lupakan Lan.” Tangisku sambil mengenggam tangannya.

Tangan suamiku perlahan-lahan merangkul diriku ketubuhnya. Sambil mencium dahiku.
“Terima kasih sayang. Dah lama abang nak dengar panggilan ni. Hari-hari abang ampunkan isteri abang. Sayang tak da dosa pada abang. Sayang tak perlu lupakan lan, sebab dia lelaki pertama yang sayang cinta. Abang akan paham, Cuma abang minta jangan menangis lagi. Abang tak sanggup tengok isteri abang ni menangis. Ye sayang? Kita belajar kenal hati masing-masing. Abang bersyukur sangat doa abang dimakbulkan Allah. Abang janji jaga sayang ke akhir hayat abang” kata suamiku sambil semakin erat pelukannya.

Ya Allah, aku bahagia dengan takdirmu yang tertulis. Kau ambil tunangku, dan kau gantikan dengan seorang suami yang sangat mencintaiku kerana Mu. Ya Allah izinkan bahagia ini selamanya untuk kami. Terima kasih mamaa... papaa.. sebab pilih Fareez Arshad ini sebagai pendampingku.
Lan,hari ni Sarah bahagia sangat. Semoga Lan tenang di sana. Sarah tak kan lupakan Lan. Lan tetap sebahagia daripada hidup Sarah. Namun, takdir Allah yang menjadi penentunya.





2 comments:

  1. best gak citenya...aku suka ! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tQ zai... heee
      tetibaa ade ideaaa nk dok buat cter niee..
      hani sggestt aku buat bab-bab..
      tapi tgh fkir2 lagi.. =)

      Delete