Dua bulan yang lalu, aku telah menikahi seorang lelaki
pilihan keluargaku. Memandangkan aku baru kehilangan seorang tunang,yang sangat
aku cintai. Azlan, lelaki pertama yang membuka hatiku. Memiliki dirinya
membuatkan aku rasa bertuah. Namun, Allah lebih menyayanginya dan bukan jodoh
kami. Kerana hati ni masih milik Azlan, aku hanya bersetuju untuk menerima
Fareez didalam hidupku tanpa memikirkan akibat tidakanku akan datang.
Di hari pernikahanku,buat pertama kalinya aku melihat wajah
si dia yang menjadi suamiku. Fareez Arshad? Ya Allah, dalam linangan air mata
dahiku dikucup olehnya. Aku terpaku dan kaku. Terasa seluruh darahku berhenti
mengalir. Kenapa? Kenapa?? Wajahnya saling tak tumpah seperti Azlan. Bezanya
cuma kulitnya cerah berbanding Azlan yang suka berjemur memandangkan dia
merupakan salah seorang pemain bola sepak negeri. Aktivitinya terlalu padat
namun tidak sekalipun mengabaikan aku. Setiap pertandingan yang disertainya,
pasti akan ada aku. Kerana, padanya aku merupakan semangatnya dan tanpa aku,
semangatnya hilang. Kami merancang untuk bernikah pada hari lahirnya dibulan
March tahun hadapan, tetapi nasib tidak menyebelahinya apabila dia terlibat
dalam kemalangan ngeri ketika ingin menjemputku pulang dari kerja.
Lemah longlai tubuhku, apabila mendapat panggilan telefon
dari seorang sahabat yang meminta aku turun dari pejabat pada petang itu.
Katanya Azlan tidak dapat menjemputku. Bila aku tanya mengapa? Dia hanya minta
aku supaya tabah dan kuat, kerana Azlan telah pergi buat selamanya. Ya Allah, betapa lemah dan longlai tubuhku.
Namun ku kuatkan diriku, untuk pergi ketempat kejadian. Ku lihat orang ramai
sudah beredar dan Azlan sudah dibawa ke hospital. Namun, kereta miliknya masih
ada di tepi jalan. Ku jenguk kedalam kereta dan ternampak sebuah kotak hadiah.
Aku mencapai kotak itu dan tertulis “buat permaisuriku” . Aku memeluk kotak itu
dan pandanganku mulai kabur. Aku hanya terasa ada seseorang yang menyambutku
dari rebah ke belakang.
7hari tahlil dirumah keluarganya di Ampang Indah. Aku masih
diam dan tidak bersuara dengan sesiapa, duniaku terasa kosong. Seorang gadis
lincah bertukar murung, dan membuatkan semua orang resah melihat perubahanku.
Namun, aku masih tidak mampu menerima kenyataan tunang kesayanganku telah pergi
selamanya meninggalkan aku dengan harapan yang tertanam bertahun lamanya,
kuatkah aku?
Malam ke-tujuh itu, aku mencapai kotak di kepala katil.
Kotak yang diikat rapi dengan reben merah itu aku bukan perlahan-lahan.
Kelihatan sehelai tudung berwarna merah, terlipat rapi didalamnya bersama
sekeping kad berbentuk hati. Air mataku deras mengalir membasahi pipiku yang
kian cengkung. Perlahan-lahan tanganku membaca kad itu..
“ Permaisuri ku sayang, Nur Qaisarah..
Lan,teringin nak lihat sayang pakai tudung ni nanti. Masa Lan
keluar pergi mall semalam, Lan terpandang tudung ni. Mesti cantik kalau bakal
permaisuri Lan ni pakai.
Sayang tahu tak kenapa merah jadi warna pilihan kita? Sebab,
sayang cakap merah tu buat sayang jadi yakin dan berani nak hadapi hidup ni.
Sebab itu, Lan pilih warna ni, lagi pun sayang Lan ni kan putih, mesti
cantikkan?
Sayangku, Nur Qaisarah ..
Tidak kira apa pun yang terjadi, kuatkan hatimu sayang.
Jadikan hijab ini sebagai perlindung dirimu. Andainya Lan tak mampu nak jaga
sayang macam dulu. Lan sentiasa berdoa agar sayang jadi bidadari Lan di syurga.
Sayang ingat tak? Bila Lan tanya bila sayang nak pakai tudung? Sayang cakap
tunggu ada seseorang yang hadiahkan untuk sayangkan? Dan ini hadiah dari Lan
semperna nak pujuk sayang Lan yang dah merajuk 5hari ni sebab tak dapat makan
Tomyam kat Pak Abu kan..
Permaisuri ku sayang...
Kamu.. tetap dihati Lan, dan selamanya akan jadi permaisuri
Lan..
Semoga hijab ini menjadi pelindung dan kekuatanmu sayang..
-LOVE-
MohD AzlaN
Ya Allah, adakah dia dapat merasa masanya sudah tidak lama
untuk menunaikan janji-janjinya padaku. Ya Allah berilah aku kekuatan, sambil
tanganku mencapai tudung itu dan menyarung dikepalaku. Rambut ku yang panjang
sehingga ke pinggang ku ikat rapi. Sambil memandang cermin, aku mencium tudung
itu. Ya Allah mungkin tiba masanya aku membuat perubahan itu kerana MU. Sambil
menangis aku merebahkan diri ke katil dan memeluk tudung merah itu.
Keesokkan paginya, aku sudah memulakan tugas di pejabat.
Banyak mata-mata yang tersenyum memandangku, mungkin kerana penampilan ku hari
ini. Aku menggenakan sehelai baju kurung putih berbungga merah dipadankan dengan
tudung merah pemberian Azlan. Yaa, hari ini aku berhijab. Dan hari ini adalah
permulaan baru buat aku melangkah meneruskan hidupku. Aku berasa bertambah
yakin dengan penampilanku, terasa lebih dilindungi dan dihormati. Tiada sudah
skirt pendek yang menghiasi betisku. Tiada lagi kemeja sendat yang membalut
tubuhku. Semuanya telah tiada. Aku masih seorang gadis yang bernama Nur
Qaisarah, tapi bersemangat baru dengan harapan aku kuat menghadapi hidup tanpa
tunang yang aku cintai.
Ibu orang pertama yang menciumku ketika mengetahui
perubahanku. Aku nampak airmata di pipi ibu,mengkin kerana dia merasai
keperitan hidupku untuk bangun dari mimpi-mimpi indahku semalam..
Setahun sudah berlalu, aku masih menjalani rutin harianku.
Berkunjung ke pusara tunangku setiap jumaat. Membacakan yassin agar dia tenang
disana. Aku tidak pernah menganggapnya mati kerana bagiku, dia sentiasa hidup
dalam hatiku dan tidak akan pernah mati. Kini, sudah dua bulan aku bergelar
isteri kepada Fareez Arshad. Lelaki yang tidak pernah aku impikan menjadi
imamku. Yang memiliki raut wajah seiras Azlan yang mebuatkan aku rasa berdosa
kerana sering kali membayangkannya sebagai Azlan.
Sambil tangan ku memegang kepala nisan, aku tersedu disitu.
Bertanya pada hati? Haruskah aku membuka ruang hatiku ini
buat seorang lelaki asing yang telah pun menjadi suamiku kini. Lelaki yang
terlalu sempurna buat seorang wanita yang bergelar isteri, namun tidak pernah
aku pandang. Apatah lagi aku layan selayaknya sebagai seorang suami, sejak hari
pertama dia menjadi suamiku.
“Lan.. kenapa Sarah diduga macam ni. Wajah Reez saling tak
tumpah macam muka Lan. Sarah dah cuba untuk sayangkan dia, tapi Sarah takut.
Takut andai wajah itu pun hilang dari pandangan Sarah sama macam Lan. Dan Sarah
lebih takut untuk bersamanya kerana dalam bayangan Sarah Cuma Lan. Berdosakah
sarah sebagai seorang isteri Lan? Patutkah sarah teruskan perkahwinan ini?
Kalau sehari pun Sarah tak pernah layan dia seperti seorang suami. Kenapa Lan
tinggalkan Sarah terlalu awal. Sarah tak kuat sebenarnya nak langkah tanpa Lan.
Sarah rindu kan Lan sangat-sangat.” Tangisku sambil menjiruskan air mawar ke
pusara lelaki yang pernah menjadi tunangku.
Sambi memandu pulang ke rumah, fikiran ku terasa terlalu
sarat sehingga tidak dapat fokus pada pemanduanku. Dan tanpa sedar aku telah
terbabas dan merempuh pembahagi jalan dan tidak sedarkan diri.
Badanku terasa terlalu kebas dan bisa. Tidak mengingati
apa-apa selain kali terakhir aku di tanah perkuburan islam seminggu yang lalu.
Aku masih tidak membuka mata kerana sayup-sayup kedengaran suara seorang di
telingaku. Namun tidak mampu aku mengecam pemilik suara itu.
Terdengar dia mengucapkan di telingaku..
“ Isteriku sayang.. Reez teringin nak dengar Sarah panggil Reez abang.
Walaupun Reez tahu Reez tiada dalam ruang hati sayang.. tapi Reez nak sangat
jaga sayang seumur hidup Reez, lapkan airmata sayang.. Reez bahagia sangat
walaupun sayang tak pernah layan Reez macam seorang suami. Tiap kali usai
solat, sayang cium tangan Reez.. Reez rasa macam nak rangkul isteri Reez yang
cantik ni dan cakap pada satu dunia yang Reez bahagia peristerikan sayang..
Reez tahu berat keaadaan sayang, sebab tiap malam sayang akan mengigau dan
sebut nama Azlan. Dari mama dan papa, Reez tahu yang dia arwah tunang sayang
kan.. sebab tu, Reez tak pernah paksa sayang untuk layan Reez dan hapuskan
Azlan dari ingatan sayang. Malahan, Reez bangga ada seorang isteri yan setia
pada cintanya. Meskipun cinta sayang, bukan untuk Reez.. Reez janji sayang akan
usaha untuk tawan hati sayang.. Reez akan bina mahligai indah kita yer sayang.. Sebenarnya dah lama Reez perhatikan sayang
setiap kali turun rehat dari office.. dan masa sayang pengsan dekat kawasan
kemalangan Lan dulu, Reez yang sambut sayang daripada rebah.. Sayang, Reez tak
kan paksa sayang lupakan kenangan sayang dengan Lan, Reez tahu dia cinta
pertama sayang, tapi Reez harap sangat akan ada cebisan ruang untuk Reez
sebagai seorang suami.. Reez nak sangat tengok isteri Reez ni bangun semulaa..
Sayang cepat lahh sedar... “ terasa ada airmata hangat yang singgah ke pipi ku
diiringi kucupan dari bibir suamiku.
Ya Allah, tulusnya hati Fareez Arshad mencintaiku. Menerima kekuranganku.
Adakah aku yang berdosa. Tidak pernah berusaha membuka hatiku untuknya. Ya
Allah masihkah ada kesempatan untuk aku membahagiakan lelaki berhati mulia ini
yang telah dua bulan menjadikan aku tanggungannya yang halal. Lelaki ini ialah
syurgaku yang selama ini ku abaikan. Ya allah, berilah aku petunjukmu. Dalam sedu
aku memejamkan mataku.
Hari ini, usai dari solat isyak, seperti biasa aku akan
mencium tangan suamiku. Namun,bezanya hari ni aku merasa sungguh tenang
memandang wajahnya. Ya, aku sudah bisa menerima kenyataan bahawa dia Fareez
Arshad, suamiku. Bukan lagi kayalan Azlan, arwah tunangku. Ya, hari ni aku
sedar bahawa aku wanita bertuah memilikinya. Seorang doktor pada masyarakat,
tetapi seorang imam padaku.
Dalam debar aku berkata padanya “ermmm.... Reez.. sayaa...
sayaaaaaa.... “
“ yee,, cik Nur Qaisarah? ..” sambil tersenyum mesra padaku..
“Reez... errr... aaa... aba...ngggg... Sarah nak minta ampun
sebab tak pernah anggap Reez sebagai suami. Tak pernah jalankan tanggungjawap
Sarah pada abang.. Maapkan Sarah.. Sebab
tak dapat terima kenyataan. Sarah takut akan hilang abang macam Lan dulu.. Tapi
kesabaran abang buat Sarah jatuh cinta. Sarah bertuah ada suami macam abang.
Sarah janji akan lupakan Lan.” Tangisku sambil mengenggam tangannya.
Tangan suamiku perlahan-lahan merangkul diriku ketubuhnya. Sambil
mencium dahiku.
“Terima kasih sayang. Dah lama abang nak dengar panggilan
ni. Hari-hari abang ampunkan isteri abang. Sayang tak da dosa pada abang.
Sayang tak perlu lupakan lan, sebab dia lelaki pertama yang sayang cinta. Abang
akan paham, Cuma abang minta jangan menangis lagi. Abang tak sanggup tengok
isteri abang ni menangis. Ye sayang? Kita belajar kenal hati masing-masing. Abang
bersyukur sangat doa abang dimakbulkan Allah. Abang janji jaga sayang ke akhir
hayat abang” kata suamiku sambil semakin erat pelukannya.
Ya Allah, aku bahagia dengan takdirmu yang tertulis. Kau ambil
tunangku, dan kau gantikan dengan seorang suami yang sangat mencintaiku kerana
Mu. Ya Allah izinkan bahagia ini selamanya untuk kami. Terima kasih mamaa...
papaa.. sebab pilih Fareez Arshad ini sebagai pendampingku.
Lan,hari ni Sarah bahagia sangat. Semoga Lan tenang di sana.
Sarah tak kan lupakan Lan. Lan tetap sebahagia daripada hidup Sarah. Namun,
takdir Allah yang menjadi penentunya.